DEKORASI BAJET

RAHSIA RUMAH LELONG

PANDUAN URUS HOMESTAY ANDA

RAHSIA BISNES SHOPEE

TEKNIK WECHAT

Search This Blog

Friday, March 1, 2013

Pelan Rumah Melayu Tradisional. Apakah Kesitimewaannya?


Rekabentuk rumah Melayu tradiosinal amat mengkagumkan kerana ia direkabentuk dengan mengambil kira faktor bahan tempatan dan iklim setempat. Rumah yang sejuk dan mempunyai pengudaraan serta pencahayaan secara semulajadi. Mari sama-sama kita mengenali rekabentuk dan ciri-cirinya.


Pengenalan

Rumah merupakan salah satu peralatan budaya yang penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Rumah Melayu dan pembinaannya menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang Melayu yang mendiaminya.

Perspektif & Lakaran Luar Rumah Melayu Tradiosional : sumber dari keriswarisan


                         Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang sangat bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan betapa mahir dan kreatifnya bangsa Melayu dalam bidang seni bina.

       Reka bentuk tersebut memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.
Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.

            Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat.Pada peringkat awal, rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. Bentuk ini kemudiannya berubah mengikut arus perubahan zaman.


Apakah 6 ciri-ciri Istimewa Rumah Melayu?



Keratan Rentas Rumah Melayu Tradisional : sumber dari keriswarisan

1. Bumbung
Rumah tradisional Melayu terdiri dari bumbung tetap, tetapi berubah kepada bentuk limas atau dipanggil’  Bumbung Belanda’ selepas kedatangan penjajah. Bumbung sentiasa condong untuk kesesuaian cuaca panas tropika. Di sepanjang tepian hujung bumbung, dipasang cucur atap atau papan cantik berukir melambangkan kehalusan seni masyarakat Melayu.

2. Anjung
Anjung merupakan tempat berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Wanita kebiasaannya di dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung rumah.
Ini menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan adat dan tatatertib masyarakat, sehinggakan mereka dipandang tinggi kerana kaya dengan kehalusan budi pekerti. Tambahan, ini bertujuan mengelakkan fitnah, di mana tetamu lelaki hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja.

3. Ruang Utama/Rumah Ibu
Ruang utama ini dipanggil rumah ibu sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga. Sesuai dengan nama ini, fungsinya adalah sebagai tempat berkumpul ahli keluarga untuk beristirehat dan bersantai bersama-sama.

4. Bilik
Bilik merupakan ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga. Kebiasaannya anak lelaki dan perempuan akan diasingkan. Ini melambangkan masyarakat Melayu mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

5. Dapur
Dibatasi dinding antara ruang utama dengan dapur. Dapur sebagai tempat memasak dan tempat khas untuk tetamu perempuan, menandakan peranan perempuan di belakang lelaki.

6. Ukiran
Seni ukir banyak didapati di tangga, dinding beranda dan papan cucur atap. Ini membuktikan masyarakat Melayu kaya dengan seni tersendiri. Ukiran yang dibuat bukan sahaja sebagai seni perhiasaan, malah menggalakkan pengaliran udara dan cahaya masuk untuk menceriakan rumah.


Apakah 4 Faktor Mempengaruhi Pembinaan Rumah Melayu?

Keratan Rentas Rumah Melayu Tradisional : sumber dari keriswarisan

Pembinaan rumah Melayu dipengaruhi oleh 4 faktor utama di bawah : 

1. Cuaca
Faktor cuaca memainkan peranan dalam reka bentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelakkan banjir.
Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada reka bentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah.
Tidak cukup dengan itu, lubang angin di bahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.

2. Sumber Alam
Bahan binaan ialah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia atau nipah menjadi dinding dan atap.

3. Budaya dan adat resam
Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

4. Pengaruh asing
Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung atau pengikat.
Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur iaitu praktikal dan seni.


Kesimpulan
Kreativiti minda bangsa Melayu yang diwarisi oleh tukang-tukang yang mahir telah menghasilkan reka bentuk seni bina yang bukan sahaja indah malahan halus dan kaya dengan falsafah yang tersirat tetapi mudah difahami. Tetapi sayang, tradisi ini tidak lagi dapat bertahan dalam arus pemodenan bangsa Melayu kerana amat sukar mendapati tukang yang mahir dewasa ini. 

Semoga maklumat kali ini dapat menambah ilmu dan idea rumah idaman anda. Ciri rumah ini boleh diadaptasikan pada rumah banglo idaman anda.

Sumber: malaysiana, scribd.com, keriswarisan.com dan arkib negara Malaysia.





“Dapatkan Idea + Konsep Rekabentuk Rumah Banglo Idaman Anda Secara Online Sekarang Dengan Membuat Tempahan di

Azli Design


Tampak Rumah Banglo 1 Tingkat

Azli Design menawarkan perkhidmatan merekabentuk banglo idaman anda

secara ONLINE kepada :

(a) Pemilik tanah lot banglo persendirian di Bandar.

(b) Pemilik tanah di kampung yang ingin membina rumah.

(c) Pemaju atau Kontraktor yang ingin membuat banglo untuk dijual.

(d) Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan idea rumah banglo idaman.


" Azli Design merupakan konsultan merekabentuk rumah banglo

secara online yang membantu pemilik rumah mendapatkan idea + konsep terbaik

bagi banglo idaman mereka yang inovasi, praktikal dan mengikut bajet anda".


Banglo yang direkabentuk merupakan IDEA & KONSEP keseluruhan kepada

kediaman impian yang bakal anda bina untuk keluarga tersayang.

Kami menawarkan

3 Pakej Idea Rekabentuk Rumah Idaman

Istimewa Untuk Anda Sekeluarga :

Pakej (A) Rumah Banglo 1 Tingkat.


Rumah Banglo 1 Tingkat

Pakej (B) Rumah Banglo 1 1/2 - 2 Tingkat.


Rumah Banglo 2 Tingkat

Pakej (C) Rumah Banglo 2 1/2 - 3 Tingkat.


Rumah Banglo 3 Tingkat

Tempahan Dibuka Sekarang !!

Cepat Dapatkan Pakej Banglo Idaman Anda!


Tawaran Harga Pakej Istimewa Untuk Anda!

Jom buat tempahan sekarang.

Maklumat Penting Sebelum memulakan Proses Rekabentuk Banglo Anda

Soalan Lazim Berkaitan Idea Rekabentuk Rumah Idaman Secara Online

Cara Hubungi Azli Design (Contact) :

Cara Hubungi Azli Design (Contact) :
Emailkan kepada kami Untuk sebarang pertayaan atau pendapat anda berkaitan rumah idaman.

Untuk Tempahan Pakej A/B/C Dan Cara Bayarannya!!

Untuk Tempahan Pakej A/B/C Dan Cara Bayarannya!!
Pilih pakej rumah banglo idaman anda di sini....

Info : Program Rumah Mesra Rakyat (Banglo Setingkat 3 Bilik keluasan 700-866 kp)

Info : Program Rumah Mesra Rakyat (Banglo Setingkat 3 Bilik keluasan 700-866 kp)
Istimewa untuk anda rakyat Malaysia yang berpendapatan dibawah RM1500 berkahwin/ibu tunggal untuk memiliki rumah banglo idaman yang mempunyai tanah atau tapak sesuai untuk pembinaannya. Klik pada pelan dan perspektifnya untuk maklumat lanjut.